4 Perkara Memalukan Tentang Zakar Lelaki

Bagi lelaki, kemaluan adalah aset yang paling berharga yang pada masa yang tepat perlu boleh dibanggakan di hadapan pasangan. Namun ada beberapa keadaan yang membuatnya sama sekali tidak membanggakan, malah kadang cenderung memalukan.

Zakar Lelaki

Gambar hiasan.

Beberapa perkara yang boleh membuat laki-laki malu dengan keadaan kemaluannya antara lain sebagai berikut, seperti dikutip dari Mensfitness.

1. Bengkok

Bentuk kemaluan yang tidak lurus atau bengkok seperti pisang atau pemegang payung biasanya terjadi disebabkan oleh Peyronie s Disease.

Gangguan ini tidak berbahaya, tetapi kalau sudah melampau boleh mencetuskan rasa sakit yang sangat mengganggu.

Penyebab paling umum adalah bekas luka, yang membentuk rangkaian keras di salah satu sisi dan menghalang pertumbuhan di sisi tersebut.

Pembedahan sering jadi pilihan untuk mengatasinya, namun boleh juga diatasi dengan menyuntik sebatian tertentu.

2. Susah ereksi

Disfungsi ereksi atau disebut juga mati pucuk adalah keadaan yang sangat ditakuti lelaki kerana membuat kemaluannya susah menegang.

Penyebabnya bermacam-macam, mulai dari faktor psikologi hingga gangguan pada saluran darah atau jantung.

Kerana penyebabnya berbeza, penanganannya juga tidak selalu sama. Disfungsi ereksi yang disebabkan oleh faktor psikologi diatasi dengan pendekatan psikologi, sedangkan kalau penyebabnya adalah faktor fizikal maka terapinya lebih pelbagai dari sukan hingga memakai ubat kuat.

3. Ereksi berpanjangan

Disebalik dari susah ereksi, laki-laki kadang boleh mengalami ereksi yang tidak berkesudahan atau dalam dunia perubatan disebut sebagai priapism.

Dalam keadaan ini, ereksi boleh berlaku selama lebih daripada 4 jam dan sering memerlukan pertolongan kecemasan.

Penyebabnya antara lain overdose ubat kuat, kesan sampingan kokain dan ubat psikotropika, mahupun kerana sickle cell disease.

Boleh diatasi dengan menyedut langsung darah yang mengumpul di kemaluan dengan bantuan jarum suntik, boleh juga dengan ubat-ubatan untuk menyekat aliran darah.

4. Ejakulasi awal

Tidak ada batasan yang pasti tentang seberapa lama idealnya seorang lelaki mampu mengekalkan ereksi sebelum akhirnya mencapai ejakulasi.

Biasanya hanya dikatakan sebagai ejakulasi awal kalau terlalu cepat, hingga pasangannya tidak sempat berpuas hati.

Beberapa cara boleh dilakukan untuk mengekalkan ereksi lebih lama, yang intinya dilakukan dengan mengurangkan sensitiviti kemaluan terhadap rangsang seksual.

Penggunaan kondom, anestesi tempatan serta teknik-teknik tertentu juga boleh membuat kemaluan jadi kurang sensitif dan tidak cepat ejakulasi.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.