Anak terkejut lihat mayat wanita lain dalam keranda ibu

Anak terkejut lihat mayat wanita lain dalam keranda ibu-SEORANG pemuda terkejut apabila menyedari mayat wanita lain memakai pakaian dan juga barang kemas milik ibunya di dalam sebuah keranda.

Dr Jerry Bowman hadir upacara pengebumian di Charlotte, Utara Carolina sebelum menyedari mayat dalam keranda tersebut bukan ibunya, Catherine White.

Namun mayat tersebut adalah wanita dikenali sebagai Elease Mclnnis, 91, yang meninggal dunia di Amerika Syarikat (AS) sehari sebelumnya.

Kedua-dua mayat wanita itu dibawa ke rumah pengebumian untuk persiapan sebelum disemadikan tetapi petugas tersilap menyerahkan mayat White.

Malangnya ahli keluarga Mclnnis sudah selesai upacara pengebumian mayat White pada 2 Julai lalu.

Difahamkan keluarga Mclnnis menyedari sedikit perbezaan pada keadaan mayat tanpa mengesyaki petugas menyerahkan mayat yang salah.

Kedua-dua keluarga mendiang White dan Mclnnis turut meluahkan rasa kesal dengan kesilapan tersebut.

Susulan itu mayat White terpaksa dikeluarkan semula dari York Memorial Park dengan kebenaran keluarga Mclnnis.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.