Bapa Berkeras Nak Redah Banjir Guna Kereta Sebelum Anak-anak & Isteri Lemas ‘Ditelan’ Arus Deras

Sekarang ni memang tengah musim panas, tengah malam pun walaupun dah pasang aircond, bahang dia tetap terasa.

Tapi di Yaman lain pula, dorang sekarang tengah dilanda banjir teruk. Kalau korang nak tahu, setakat ini je, banjir yang melanda negara tu dah meragut nyawa 130 orang dan musnahkan lebih 260 rumah.

Bila rumah dilanda banjir, tentulah benda pertama yang kita nak buat adalah keluar dari tempat tu untuk selamatkan diri dan keluarga kan? Tapi, kadang-kadang air yang kelihatan tenang pun boleh berubah jadi deras secara tiba-tiba.

Baru-baru ni, satu video yang dimuat naik oleh @24news24hour di Twitter menunjukkan satu keluarga yang menaiki kereta pacuan empat roda hanyut dibawa arus deras.

Menurut Al-Manara, kereta tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang membawa isteri dan empat orang anak.

Dikatakan, lelaki tersebut cuba untuk meneruskan perjalanan dengan mengharungi banjir namun gagal untuk mengawal kenderaan sebelum kereta yang dipandunya itu hanyut.

Macam yang korang boleh tengok dalam video dekat bawah ni, kereta tersebut hanyut sebelum terbalik dan dapat dilihat salah seorang penumpang dipercayai anak lelaki tersebut menjerit meminta tolong dari luar tingkap.

Malangnya, hanya bapa keluarga ini saja yang terselamat dari kejadian ini manakala mayat wanita dan tiga anaknya yang berusia di antara enam dan 13 tahun ditemui di lokasi berasingan dan pihak berkuasa masih menjalankan pencarian mencari mayat anak perempuan lelaki ini yang berusia 14 tahun.

Baca: Kucing Antara Yang Terkorban Ekoran Banjir Kilat Di Kajang Dan Hulu Langat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.