Bermula daripada gigitan nyamuk, pemuda terpaksa tanggung derita lebih 20 tahun apabila kaki makin membesar

SEMUANYA bermula daripada gigitan nyamuk, lelaki ini akhirnya terpaksa menanggung penderitaan selama lebih 20 tahun apabila kakinya semakin membengkak.

Kaki kiri Bong Thet, 27, pada mulanya hanya mengalami bengkak kecil ketika dia berusia enam tahun sebelum ia kemudian bertukar menjadi luka.

Ibu bapanya ketika itu tidak terlalu mengnendahkannya kerana mereka menyangka luka tersebut diperoleh ketika Bong bermain bersama rakan-rakan sekampung yang terletak di wilayah Kampong Chhnang, Cambodia.

Namun lama kelamaan bengkak pada kakinya makin membesar sehingga usianya mencecah 12 tahun.

Pernah bercita-cita menjadi pemain bola sepak, bagaimanapun hasrat tersebut terpaksa dikuburkan dek kerana keadaan kakinya.

Kini, bengkak di kaki Bong mencapai saiz sebesar seekor anak kambing.

Doktor mengesahkan Bong menderita penyakit Filariasis limfatik atau penyakit untut, sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing filaria yang menular daripada pelbagai jenis nyamuk.

Bong tidak pernah mendapatkan rawatan kerana ibu bapanya tidak berkemampuan lantaran hanya bekerja kilang, namun kini nasibnya mendapat perhatian dan ramai yang memberi sumbangan kepada keluarganya. – Dailystar.co.uk

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.