Berpakaian Sedondon Untuk Bergambar Di Sungai, Pasangan Pengantin & 17 Rakan Dikenakan Kompaun RM1,000

Siapa yang tak gembira setelah mendirikan rumah tangga dengan pasangan tercinta. Bukan setakat pasangan itu sendiri, tetapi keluarga dan rakan-rakan terdekat juga turut gembira dan ingin menyambut hari istimewa itu dengan penuh keriangan

Sepertimana yang kita semua tahu, kenduri ataupun apa saja aktiviti yang melibatkan kuantiti individu yang ramai tidak dibenarkan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tetapi baru-baru ini, sepasangan pengantin dan 17 rakan mereka yang lain telah melanggar SOP kerana berkumpul sesama mereka di Taman Nilam, Langkawi pada Rabu lepas.

Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam – Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari

Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan.

Kesemua individu terbabit kebanyakannya beralamat di Taman Nilam dan setiap seorang dari mereka telah dikenakan kompaun RM1,000.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.