“Betullah China sorok jumlah kematian?” – ‘Orang Dalam’ Mengaku Setiap Hari 100 Mayat Pesakit Coronavirus Dibakar

Kerajaan China mengharamkan acara pengebumian mangsa coronavirus dan mana-mana acara lain untuk disertai oleh keluarga atau sahabat yang berasal dari Wuhan, lapor Astro Awani.

Arahan itu bertujuan untuk memperlahankan penyebaran wabak bahaya tersebut dan disebabkan itu semua mangsa yang meninggal dunia akibat coronavirus akan dibakar di mana-mana tempat pembakaran yang terdekat.

Sumber: Daily Star

Ramai yang mendakwa China sebenarnya menyembunyikan jumlah kematian akibat coronavirus ini dan terbaru, salah seorang pekerja di tempat pembakaran membuka mulut tentang kerjanya.

Menurut Daily Star, mereka terpaksa bekerja 24 jam setiap hari tanpa henti untuk membakar mayat mangsa wabak coronavirus ini.

Sejak 28 Januari lagi, tempat pembakaran menerima 100 mayat mangsa untuk dibakar dan disebabkan itu mereka tidak dapat rehat serta bekerja lebih masa. Dalam satu video yang tersebar di internet, bandar Wuhan dilihat dipenuhi asap hasil daripada pembakaran mayat mangsa itu semua.

Sumber: Daily Star

Selain itu, mereka juga turut meluahkan tentang bekerja lebih masa yang menyebabkan mereka terlampau penat jadi ada bagusnya jika lebih ramai pekerja diupah untuk melakukan tugas-tugas tersebut.

Mereka juga hanya boleh duduk bila ada kesempatan saja kerana mayat itu semua tidak boleh dibiarkan sebegitu dalam tempoh yang lama.

90 peratus daripada kami terpaksa bekerja 24/7, kami tak boleh pulang ke rumah. Semua tempat pembakaran di Wuhan beroperasi 24 jam.”

Kami tidak makan atau minum dalam jangka masa panjang demi untuk menjaga sut keselamatan kerana ia harus dibuka bila kami mahu makan, minum atau pergi ke tandas.”

Dan sut keselamatan itu pula tidak boleh digunakan semula selepas digunakan.”

Sumber: Daily Star

Selepas pendedahan ini terbongkar, ramai penduduk di Wuhan sudah tidak mempercayai kerajaan mereka tentang jumlah kematian akibat coronavirus ini.

Malah, mana-mana individu yang mengalami simptom coronavirus didakwa tidak dilayan serta tidak diberi rawatan dek kerana hospital dipenuhi ramai pesakit.

Pihak berkuasa China dilaporkan mengugut sesiapa sahaja yang menyebarkan informasi atau berita yang tidak rasmi tentang coronavirus.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.