Bukan malu hidup susah! Bapa ‘lari’ ketika anak rakam sedang makan nasi kosong beri penjelasan – “Hari tu saya cuma ada RM5” – Viral

SEORANG bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari!

Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya.

Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam.

“Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk.

“Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu,” katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan ‘adegan’ dirinya makan nasi tanpa lauk.

 

Kehidupan dua beranak yang tidak meminta simpati orang ramai.

Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia.

Ngah, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, berkata dia memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul isu lain selain enggan meraih simpati orang ramai yang melihat kehidupan mereka dua beranak.

“Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini.

“Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah viral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai apa yang ditonjolkan dalam video tersebut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.

Dengan wang RM5 tersebut, dia membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

 

Sering melayan gelagat si anak yang memerlukan kasih sayang.

“Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput.

“Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis… Alhamdulillah… dia tak membazir.

“Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan. Masa tu la iba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?” ujarnya.

Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.

 

 

Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini

 

NGAH MISNUM

 

Tambahnya, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.

Jelasnya, sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih dan tidak memberontak.

“Saya tak pernah pukul dia, hanya nasihat saja itu pun dalam nada bergurau bimbang dia terasa hati atau memberontak.

“Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam,” katanya.

 

Tampil membuat video yang meminta orang ramai mendoakan mereka.

Dalam pada itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.

Malah dia berharap netizen akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

“Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan,” katanya.

Bagaimanapun, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.

“Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

“Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat,” katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.