“Bukit ni pernah telan 5 beranak sekali gus” – DEGIL! Dah Ada 2 Papan Tanda AMARAN Pun, Masih Ramai Mandi Manda

DEGIL! Itulah kata-kata yang tepat untuk segelintir pengunjung Air Terjun Belukar Bukit di Kuala Berang. Masakan tidak, mereka seolah-olah tidak mempedulikan risiko bahaya walaupun air terjun itu telah meragut banyak nyawa sebelum ini.

Melalui satu perkongsian di Facebook, difahamkan sebelum ini satu papan tanda amaran telah diletakkan namun pengunjung tidak menghiraukannya dan tetap bermandi manda. Malah, menurut Berita Harian ianya pernah tercabut akibat perbuatan vandalisme.

Pernah ‘telan’ 5 sekeluarga

Pada Disember 2015, lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak perempuan dilaporkan mati lemas ketika bermandi manda di sana.

Mangsa kesemuanya berasal dari Selangor dan dikenal pasti sebagai:

  • Abdul Halim Samian, 44
  • Nurul [email protected] Awang, 39
  • Nurul Aridah Abdul Halim, 16
  • Nurul Aina Abdul Halim, 11
  • Nurul Izah Abdul Halim, 10

Selepas tragedi itu, kawasan air terjun tersebut dikatakan menjadi sepi namun kini kembali menjadi tumpuan dan ramai pengunjung ‘hilang ingatan’ tentang peristiwa yang pernah berlaku di situ.

Majlis tempatan letak papan tanda baru, tapi….

Dek kerana papan tanda sebelum ini tidak berkesan, pihak berwajib Kuala Berang mengambil inisiatif untuk meletakkan papan tanda amaran yang baru dengan kata-kata yang lebih ‘direct’.

Tapi, pengunjung MASIH DEGIL dan tetap bermandi manda di sana. Difahamkan, kebanyakan mangsa mati lemas di lubuk itu adalah orang dari kawasan luar kerana penduduk setempat tidak mandi manda di sana kerana tahu tentang bahaya tempat tersebut.

“Rasanya kerajaan perlu buat sesuatu…”

Disebabkan kedegilan pengunjung, timbullah idea agar pihak kerajaan mempertimbangkan supaya kawasan itu ditutup demi mengelakkan tragedi mati lemas berulang lagi.

Mungkin ianya lebih elok dijadikan sebagai salah satu kawasan larangan dan tidak dibenarkan untuk berenang serta bermandi manda di lubuk tersebut.

Kenapalah degil sangat? Hmm

Baca: “Degil tak boleh buat apa” – Orang Awam Terjumpa ‘Geng Gelang Pink’ Di Luar Rumah, Kali Ni Dekat Bank di Penang!


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.