Dah urus beratus jenazah, kali ini situasinya luar biasa! Anggota pengurusan terkejut lihat ‘babak’ isteri cium, bisik di kaki jenazah suami – Viral

KASIH hingga hujung nyawa, itulah yang dilalui oleh seorang isteri yang berdepan dengan ujian hebat apabila suami dijemput Ilahi.

Kesedihan wanita itu disaksikan oleh Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Klang, Selangor, rakan gabungan badan bukan kerajaan, Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

“Sewaktu menguruskan jenazah di bilik wakaf, saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami.

“Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwah suaminya,” menurut posting di laman facebook SPJM.

 

Arwah suaminya meninggal dunia akibat sakit jantung. foto SPJM

Anggota UKVJ itu bagaimanapun tidak memahami bahasa yang digunakan oleh wanita berkenaan sewaktu berbisik pada jenazah suaminya.

Menerusi borang maklumat yang diisi waris kepada arwah berusia 58 tahun yang meninggal dunia akibat sakit jantung, pasangan itu berasal dari Semporna, Sabah.

“Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara menggunakan bahasa atau dialek Bajau Sabah. Selepas mencium wajah arwah suaminya, si isteri beralih ke arah bahagian kaki.

“Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwah suaminya, tetapi sangkaan saya meleset,” katanya sambil menambah jenazah diambil dari bilik forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.

 

Jenazah dibawa untuk dikebumikan. foto SPJM

Namun katanya, rupa-rupanya si isteri mencium kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis.

“Sepanjang menguruskan beratus jenazah, baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Ketika itu, saya yakin si isteri sedang meminta ampun daripada arwah suaminya.

 

 

Sepanjang menguruskan beratus jenazah, baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku. Saya yakin si isteri sedang meminta ampun daripada arwah suaminya.

 

Anggota Unit Khas Van Jenazah

 

“Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakannya, saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah,” tambahnya.

Menyaksikan situasi yang berlangsung selama 10 minit itu, mengingatkannya kepada ungkapan ‘syurga seorang isteri terletak di bawah telapak kaki seorang suami’.

 

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. foto SPJM

“Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir… kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung nyawa.

“Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya,” katanya.

Berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh seorang staf forensik di hospital, katanya, wanita itu memerlukan bantuan dari segi kos pengurusan jenazah suaminya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di Shah Alam pada pukul 1.45 petang Isnin, dan segala kos pengurusan ditanggung oleh badan itu hasil sumbangan orang ramai.

 

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.