Dua Lelaki Kantoi Nak Samun, Beri Alasan Tak Masuk Akal & Sempat Minta Maaf Dengan Tuan Rumah

Ramai individu yang terkesan akibat penularan wabak Covid19 disebabkan kurangnya peluang pekerjaan diluar sana. Mungkin kerana ingin mengambil jalan mudah, ada individu yang terpaksa mencuri.

Baru-baru ini, viral di laman sosial yang menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki motosikal kantoi ingin menyamun sebuah rumah gais.

Tuan kepada rumah terbabit terkejut apabila seorang lelaki kelihatan sedang menunggu di pintu pagar rumahya dan seorang lelaki lagi sudah ada dalam kawasan rumah.

Disebabkan itu, tuan rumah tu pun terus merakam gelagat dua orang yang dipercayai ingin menyamun rumahnya dan memberi amaran sekiranya sekali lagi ternampak mereka berdua tu, dia akan pergi membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kedua-dua orang lelaki itu memberi alasan yang tidak masuk akal gais. Kah!

Sorry saya tengok sampah sahaja, dalam tak curi.

balas lelaki itu

Walhal tuan rumah cakap, sampah ada dekat luar kenapa perlu masuk sampai dalam pagar, siap panjat lagi.

Mereka berdua sempat meminta maaf sebelum gerak dari situ selepas digertak tuan rumah. Kah! Semoga korang ambil pengajaran dan tak buat lagi benda macam ni ye.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.