Filem Arahan Areel Abu Bakar, Geran Bawa Nama Malaysia Ke New York

Pengarah, Areel Abu Bakar menempa sejarah tersendiri apabila filem arahannya ‘Geran‘ bakal menarik perhatian khalayak antarabangsa apabila terpilih sebagai ‘Official Selection’ mewakili Malaysia di 19th New York Asian Film Festival (NYAFF) tahun ini.

Filem yang memertabatkan budaya warisan seni Silat ini bakal ditayangkan di festival tersebut yang akan berlangsung dari 3-16 Julai 2020.

IKLAN

NYAFF yang memasuki edisi ke 19 adalah festival filem berprestij di Amerika Syarikat yang mendukung kepada pembangunan seni dan budaya melalui jaringan sinema dunia dan menjadi platform tayangan dan apresiasi melalui pemilihan filem-filem kontemporari dan klasik dari negara-negara Asia.

Filem dibintangi oleh Namron, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Azlan Komeng, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Aeril Zafrel, Megat Shahrizal dan ramai lagi ini bakal dipertontonkan kepada khalayak antarabangsa bersama seleksi filem terpilih dari seluruh negara Asia.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.