Gara-gara Foto Ini, Bekas Isteri Kerabat Diraja, Manohara Disebut Bukan Muslim Lagi?

Di Malaysia, mungkin tak ramai yang mengenali wanita ini. Manohara pernah mencetuskan kontroversi pada masa lalu kerana isu perceraian dirinya dengan kerabat diraja di Malaysia. Namun di Indonesia, Manohara atau nama penuhnya Manohara Odelia Pinot cukup popular sebagai seorang model dan aktres.

Baru-baru ini Manohara kembali menjadi sebutan setelah dia memuat gambar kek berbentuk seorang wanita berbogel dengan hiasan Krismas. Wanita itu mempunyai hidung dan telinga seperti anjing sambil memegang telefon bimbit.

Seperti yang dilaporkan dari insertlive.com, apa yang menjadi perhatian dan mencetuskan kontroversi dari netizens adalah bentuk kek itu yang agak mengerikan dengan muka raksasa di payudara.

“Santa datang awal tahun ini dan membawakan rekaan kek indah ini oleh @glitch x @ujihahan,” tulis Manohara sebagai keterangan gambar

Seperti biasa, posting ini mendapat kecaman netizen. Rata-rata mempersoalkan agama yang dianuti oleh Manohara yang dikenali sebagai seorang Muslim.

Seperti yang diketahui sebelum ini, Manohara dikhabarkan telah menukar agama setelah mempunyai hubungan dengan seorang atlet golf. Tetapi dia menafikan dakwaan ini dan mengesahkan dia masih seorang Muslim.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.