“Harga 1 penampar,” -Bergaduh Sebab Paip Air, Lelaki Didenda RM1,800 Sebab Tampar Jiran

Bergaduh berpunca daripada paip air, pemuda ini bertindak menampar jirannya.

Mengikut keterangan mangsa, P Orita, 25 tahun, wanita itu ternampak air paip di hadapan rumahnya mengalir dan membuat keputusan untuk bertanya hal berkenaan kepada tertuduh, M IIvarasen, 22 tahun yang juga seorang penganggur.

Namun, pertanyaan itu telah mengakibatkan sedikit pertelingkahan antara mereka yang berakhir dengan penampar hinggap di pipi kiri mangsa.

Menurut Harian Metro, tertuduh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah sebaik saja pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di Mahkamah Majistret Bahau.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengakibatkan kecederaan ke atas P Orita pada 28 Ogos jam 4.30 petang di Kampung Batu Bakar dan didenda sebanyak RM1,800.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh perlu menjalani hukuman penjara selama 2 bulan.

Berikut adalah reaksi netizen

Namun ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan mengenai denda tersebut.

Aktiviti tampar menampar ni elakkan lah ya, selesaikan elok-elok ajak berunding. Semoga pemuda tu belajar dari kesilapan.

Baca: Pelanggan Biadap Tampar Staff Restoran Di Sarawak Hanya Sebab Disuruh Pakai Mask

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.