Harimau Malu,Pelancong Wanita Pegang Telur



Harimau Malu,Pelancong Wanita Pegang Telur

Seorang pelancong wanita dikecam kerana memegang telur harimau semata-mata untuk bergambar dalam kejadian yang berlaku pada 26 Ogos lalu di sebuah zoo di Chiang Mai, utara Thailand.

Gambar yang dirakam Waraschaya Akkarachaiyapas itu menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempat yang mendakwa perbuatannya itu jelas sekali memalukan harimau berkenaan.
Pihak zoo itu juga menerima tempias kerana didakwa memberi ubat penenang kepada haiwan di zoo agar pelancong boleh mendekati dan merakam gambar kenangan.

“Ini sangat biadab! Harimau tu takkan benarkan kamu sentuh kemaluan dia. Kamu tak ada hak untuk berbuat demikian,” kata Phorntip Siracha. 

“Bahaya ni. Kalau harimau tu marah, tak pasal-pasal kamu diserang,” kata Kaew.
Bagaimanapun, Waraschaya tampil mempertahankan dirinya dan mendakwa dia merupakan pencinta haiwan.
Selepas kejadian itu viral meluas di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan netizen, pengarah zoo berkenaan, Pirom Cahntama berkata, kakitangannya telah diberi latihan yang baik dan mencukupi untuk menjaga pelancong dan harimau.
Pirom berkata, kakitangannya memantau dengan baik ketika pelancong berada dekat dengan haiwan dalam zoo untuk berselfie bagi memastikan keselamatan pelancong terjamin.
“Kami tidak benarkan pelancong menyentuh bebola harimau tetapi mereka dibenarkan menyentuh mana-mana bahagian haiwan itu asalkan aktiviti itu dipantau oleh kakitangan kami.
“Mulai sekarang, kami akan memastikan tiada pelancong yang akan menyentuh kemaluan harimau lagi,” katanya.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.