“Hentilah politik seperti ini” – MP Dikecam Sebab ‘Janji’ Kes Covid-19 Di Sabah Akan ‘Hilang’ Lepas Pilihan Raya Tamat

Ahli Parlimen Silam, Mohamaddin Ketapi yang juga bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah kerajaan Pakatan Harapan sejak beberapa hari ini telah membuat beberapa kenyataan kontroversi.

Semalam, Mohamaddin dikatakan telah menghina anggota keselamatan bila dia mendakwa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai satu “sandiwara”.

Namun menurut MalaysiaKini, MP Silam ini telah pun meminta maaf dan mengatakan video tular itu telah disalah ertikan dan tak menggambarkan keseluruhan ucapannya.

“Walau bagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya.”

Pertama sebut perang Tanduo lawan ayam dan anjing. Sekarang wabak COVID pula disebut seperti konspirasi politik. Hentilah politik seperti ini. pic.twitter.com/pex6dD9J9z

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 22, 2020

Manakala, Presiden Warisan Sabah. Shafie Apdal pula turut memohon maaf kepada semua anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dan rakyat Malaysia atas kenyataan yang dibuat oleh Mohamaddin.

Baca: “1 keluarga 3 ekar tanah” – Shafie Apdal Nak Bagi Rakyat Sabah Tanah Jika Menang Pilihan Raya

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.