“Hilang pukul 5, pukul 7 dah jumpa” – Curi Motor Tapi Tak Tahu Ada ‘GPS Tracker’, Pencuri Ditangkap 2 Jam Kemudian!

Seorang lelaki berjaya mendapatkan semula motornya yang dicuri dan dibawa lari kurang 1 kilometer dari rumah meskipun sudah disorokkan di dapur oleh si pencuri.

Melalui Twitter, Wan Haziq berkongsi tentang kejadian tersebut yang terjadi pada 17 Ogos lepas. Menurutnya, dia menyedari motosikal miliknya hilang ketika mahu ke tempat kerja kira-kira jam 7 pagi.

Check tracker, cuma 800m dari rumah

Dia bagaimanapun cuba untuk tidak panik dan kekal bertenang. Ternyata, Haziq mempunyai GPS tracker pada motosikal dan melalui handphone dia terus dapat periksa di manakah motornya. Berkongsi dengan Lobak Merah, dia berkata,

Lepas sedar hilang, saya cuba bertenang dan terus periksa apps tracker dekat dalam phone.”

Saya dapati motor saya dilarikan jam 5 pagi, sejauh 800m dari rumah saya.”

Terus ke lokasi tapi tak jumpa motor

Katanya, tanpa berlengah dia terus ajak kawan untuk pergi ke lokasi motornya ketika itu. Tapi bila sampai, Haziq tak nampak motornya di mana-mana.

Setibanya di lokasi, saya memang tak nampak motor saya di mana.”

Berikut perkongsiannya dengan Lobak Merah:

Terdengar bunyi spana jatuh lantai, terus ke balai…

Tapi, saya terdengar bunyi dari dalam rumah. Bunyi orang kopak benda dan bunyi spana jatuh ke lantai.”

Jumpa motor dekat dapur!

Pada mulanya dia risau kerana motornya tiada di bahagian ruang tamu tapi lepas polis geledah rumah terbabit, Haziq berjaya menemukan motosikalnya di dapur.

So polis gari dia and panggil pegawai untuk bawa pickup defender untuk angkut semua bahan.”

Bagus juga ada GPS tracker ni kan. Siapa yang belum ada bolehlah pergi pasang!

Baca: “Pakai Hermes, DIOR, LV. Takkan tak mampu?” – Bekas Peserta Program Realiti Astro Kantoi Curi Pakaian Berjumlah RM5,000!


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.