Hukuman berat sebelah, lelaki dipenjara 44 tahun atas jenayah yang tidak dilakukannya… kini bebas selepas bukti kukuh ditemui

SEORANG lelaki yang menghabiskan masanya selama 44 tahun di dalam penjara gara-gara kesalahan yang tidak dilakukannya, teruja berkongsi rasa gembira selepas dibebaskan.

Ronnie Long, 64 tahun, disabitkan dengan kesalahan merogol dan merompak oleh juri pada tahun 1976 setelah keterangan mangsa mendakwa bahawa ‘tidak ada keraguan dalam fikirannya’ bahawa pelakunya adalah Long.

Long dijatuhi hukuman 80 tahun di penjara Carolina Utara, walaupun bukti lokasi kejadian jenayah seperti rambut, serat pakaian dan cap jari tidak berpadanan dengan DNA miliknya.

Dia akhirnya dibebaskan dari penjara pada 27 Ogos lalu, setelah pasukan perundangannya diberi izin untuk mengkaji bukti biologi selepas berjuang selama hampir 30 tahun menentang sabitan ke atasnya.

Kebenaran akhirnya berpihak kepada Long apabila 43 cap jari yang ditemui mengecualikannya daripada senarai suspek.

Laporan media tempatan memetik isu perkauman dan prejudis memainkan peranan besar dalam kes tersebut di mana peguamnya akan meminta ganti rugi di atas apa yang ditanggungnya selama ini.

Muncul dalam sebuah rancangan bual bicara Good Morning Britain, Long mengatakan dia akan menghargai kebebasan tersebut seumur hidupnya. – Metro.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.