Kasihan Akak.. Tak Ada RM100k, Terpaksa Meringkuk Di Penjara 6 Bulan

Akak ini, si bilis antara yang tak bernasib baik antara beribu peniaga yang memiliki rokok seludup.

Dia didenda RM100,000 oleh Mahkamah Majistret Kemaman kerana memiliki pelbagai rokok seludup bernilai RM92.68 pada Mac lalu. Rujuk HMetro.

Tertuduh, Rogayah Musa, 40, terpaksa meringkuk di Penjara Bentong, Pahang selepas gagal menjelaskan denda terbabit.

Dia perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan seperti diperintah Majistret sebelum itu.

Kasihan kan. hanya si bilis yang dicarim. SIi jerung bebas meredah lautan.

Oleh kerana jerunglah-jerunglah, rokok seludup pelbagai jenama mudah diperolehi di setiap tempat di Malaysia.

Cakap-cakap popular yang biasa kita dengar, “lepas 3, tangkap 1”. Tangkap 1 nak menunjukkan mereka juga berusaha membenterasnya.

Ada kebenarannya juga kalau tidak tentu rokok seludup sukar diperolehi. Bukti ada dipersekitaran kita, yang menghisap rokok seludup lebih ramai dari yang menghisap rokok bercukai.

Pernah dengar penyeludup rokok didakwa? Selalunya kita dengar, rampasan terbesar rokok, arak seludup. Penyeludup sempat melarikan diri.

Akak ini yang tidak diwakili peguam ini didenda 1078 kali ganda nilai rokok seludup yang dimilikinya. Bertabahlah…

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.