Kecoh Video Tular Dua Kumpulan Mat Rempit Bergaduh Di Dataran Merdeka

Kecoh semalam apabila dua buah kumpulan Mat Rempit dilaporkan telah bergaduh secara besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Video tersebut tular selepas dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS di laman Facebook mereka. Berdasarkan video yang dimuat naik, dilihat sekumpulan Mat Rempit sedang bergaduh dengan menggunakan helmet sebagai senjata di tengah jalan raya di sekitar Dataran Merdeka.

Pergaduhan 2 Kumpulan di Dataran Merdeka

Apa kes gaduh-gaduh ni? Gaduh pun macam pondan. Sosial distancing takda. Facemask tak pakai. Mengganggu ketenteraman awam. Haishh banyak lagi kesalahan ini. Kalau panggil lori “black Maria” angkut semua pergi balai best ni.🙄. Lokasi : Dataran Merdeka,KL#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sabtu, 22 Ogos 2020

Lebih mengecewakan, ada beberapa individu yang dilihat hanya duduk di sisi jalan sebagai penonton dan tidak cuba untuk meleraikan pergaduhan.

Pergaduhan ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman pengguna jalan raya yang lain, malah turut mencemarkan hari kemerdekaan yang bakal disambut beberapa hari lagi di tempat yang sama.

“Malu la bangsa Melayu, sikit-sikit nak gaduh dan tunjuk lagak. Kalau betul nak bertumbuk, one by one la bro bukan ajak geng sekali”, komen salah seorang pengguna Facebook yang turut kecewa dengan kejadian pergaduhan ini.

Dalam keadaan negara yang semakin parah dengan jangkitan Covid-19, kes pergaduhan ini dilihat sebagai sesuatu sangat membahayakan. Tiada penjarakan fizikal dan topeng muka yang dipakai oleh geng Mat Rempit tersebut.

Semoga tiada Kluster Mat Rempit pula selepas ini.

Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS

BACA: “Tak perasan” – Alasan Peniaga Lepas Ditahan Polis Sebab Pasang Bendera Terbalik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.