“Kena jilat setiap setengah jam” – Wanita 5 Anak Ketagih!!

Seorang ibu kepada 5 anak mempunyai satu ketagihan pelik sehingga memerlukan dia untuk mendapatkan bantuan pakar. Menurut Daily Mail, Lisa Anderson secara sembunyi mempunyai tabiat pelik iaitu makan bedak bayi dan ketagihan itu telah berlarutan sejak lebih 10 tahun lepas.

Sumber: Daily Mail

Kata ibu berusia 44 tahun, ketagihan pelik itu bermula selepas dia melahirkan anak lelakinya yang kelima kira-kira 15 tahun lalu.

Saya sentiasa ada bekalan bedak bayi itu di rumah untuk kegunaan anak-anak, sehinggalah pada satu hari ketika di bilik mandi, baunya begitu mengancam.”

Ada lebihan bedak yang terkeluar di bahagian atas botol dan tiba-tiba saya teringin nak memakannya dan rasa itu tidak dapat dilawan lagi.”

Saya hanya menjilatnya dari tangan dan benar-benar menikmatinya.”

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Sejak saat itulah Lisa mula ketagih terhadap bedak itu. Malah, hari-hari dia perlu makan bedak itu sekerap setiap 30 minit. Namun dia berjaya menyembunyikan tabiat itu sehinggalah bekas kekasihnya ternampak dia sedang memakan bedak bayi di dalam tandas.

Selepas mengunjungi pakar, doktor mengesyaki Lisa mengalami sindrom pica. Pica adalah masalah gangguan makanan yang dikaitkan dengan perlakuan tidak sepatutnya iaitu keinginan memakan sesuatu yang sebenarnya bukan untuk dijamah. Ianya juga mungkin tanda-tanda OCD atau tekanan.

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Menurutnya dia membelanjakan sehingga 13 US Dollar seminggu (kira-kira RM53) hanya untuk membeli bedak bayi kegemarannya. Lisa bagaimanapun akan mengunyah gula-gula getah jika berada di tempat awam untuk mengurangkan ketagihannya kepada bedak bayi.

Paling lama saya tidak menjamah bedak bayi adalah selama dua hari dan ia bagaikan saat paling buruk dalam hidup saya.”

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.