Kenali Si Gadis Manis “Bulan Sutena” 5 Foto

Kenali Si Gadis Manis “Bulan Sutena” 5 Foto-TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bidalan tersebut barangkali sesuai digambarkan buat langkah mula bakat baharu dari negara jiran yang semakin meningkat naik ketika ini.

Bulan Sutena, sebaris nama yang unik. Orangnya juga cantik dan manis. Mempunyai lesung pipit yang dalam pada bahagian pipi kirinya, itu yang menjadi bonus daya tarikan Bulan.

Penyanyi muda berusia 17 tahun itu mula mencipta fenomena luar biasa apabila lagu nyanyiannya berjudul Terpesona yang merupakan karya asal daripada kumpulan New Nazareth menular dalam aplikasi TikTok.

Benar, kuasa viral mampu mencipta ruang dan peluang yang tidak terjangka bagi sesetengah orang. Itulah yang terjadi kepada Bulan apabila mencipta populariti dalam sekelip mata, hasil bantuan media sosial.

“Sejujurnya saya sendiri tidak menyangka, awalnya hanya menyanyi di rumah dan rakam menggunakan telefon tetapi sekarang, saya menyanyi dalam televisyen.

“Saya mula aktif bermain TikTok sewaktu pandemik melanda. Duduk di rumah tiada apa mahu dibuat, jadi saya nyanyi lagu cover dan tidak sangka viral,” ujarnya membuka bicara ketika bersua menerusi maya baru-baru ini.

SELEPAS bakatnya meluas ke negara serantau, Bulan tidak menyangka melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa suatu hari nanti.
Tekanan, artis pandemik

Kemunculan penyanyi berwajah redup dan manis itu dalam industri pada tempoh pandemik semestinya satu perkara yang meninggalkan impak tersendiri buat perjalanan kariernya.

Pendek kata, bergelar artis pandemik bukan sesuatu yang mudah. Hal ini kerana, permulaan karier mereka sangat jauh berbeza daripada artis-artis terdahulu.

Tersekat dan terhalang untuk mempromosikan diri di hadapan peminat apatah lagi bertemu empat mata bagaimanapun tidak menjentik perasaan kecewa dalam diri pemilik nama lengkap Wayan Bulan Yurianna Sutena itu.

Penyanyi yang pada awalnya memasang cita-cita bergelar polis itu berkata, setakat ini dia masih okey tidak dapat menjalani rutin normal sebagai seorang artis.

“Perasaan saya masih senang-senang saja. Cuma diakui memang tidak boleh bikin konsert, semuanya secara maya.

“Kalau sertai acara televisyen pun, tiada penontonnya, yang ada cuma kru.

“Jadi saya ada kekurangan dari segi pengalaman bertemu penonton, itu saja,” jelasnya.

Dilanda populariti mengejut bukan sahaja di tanah air sendiri bahkan menular ke negara lain, termasuk Malaysia memberikan bonus besar buat anak bongsu daripada empat beradik itu mencipta ruang menonjolkan diri.

MEMILIKI lebih 6.3 juta pengikut dalam TikTok, video muzik rasmi lagu Terpesona nyanyian Bulan kini mencecah hampir 3 juta tontonan dalam saluran YouTube. Video muzik versi terbaharu yang diterbitkan oleh MVM Production (Malaysia) juga meraih lebih 111,000 kali tontonan.
Ketika ditebak dengan pertanyaan apakah fokus yang terarah kepada dirinya ketika ini memberi tekanan, Bulan berkata, sebuah harga yang perlu dibayar adalah terpaksa berjauhan daripada keluarga.

Dia yang berasal dari Gianyar, Bali, kini berada di Jakarta atas tuntutan kerja semenjak dilamar syarikat rakaman dan pengurusan artis The LEGACY Indonesia.

“Selepas rasa populariti dan orang mula kenal, saya terpaksa berpisah dengan keluarga di rumah.

“Jarak jauh ditambah pula dengan keadaan semasa Covid-19 sekarang bikin hati rindu sama orang tua.

“Setakat ini, itu sahaja cabarannya. Masih belum ada tekanan lain dan saya nikmati sahaja hari-hari berlalu,” ujarnya lagi.

TIDAK pernah menyertai mana-mana program realiti nyanyian di Indonesia, si cantik kelahiran Bali ini bagaimanapun pernah memasuki pertandingan seni mempertahankan diri.
Kritikan, motivasi

Seiring populariti pantas yang digapainya, ada harga perlu dibayar Bulan. Dia juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran ‘pahlawan kekunci’ yang gemar bikin onar.

Ujar penyanyi itu, dia sendiri pernah berdepan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya, paling teruk setakat ini apabila dia dilabel popular kerana hanya bergantung kepada rupa paras.

“Pernah terjadi satu insiden ketika saya menyanyi dalam acara televisyen, suara saya terkucil sedikit.

“Kemudian ada yang potong bahagian itu dan masukkan dalam media sosial untuk mengutuk saya.

“Katanya saya hanya bermodal rupa paras semata-mata, tetapi tidak pandai menyanyi. Sedangkan waktu itu saya menyanyi tanpa bermain gitar. Semangat dan fokus akan sedikit terganggu tanpa gitar,” jelasnya.

SELAIN menyanyi dan pandai memetik gitar sejak berusia 14 tahun, Bulan juga memiliki bakat bermain ukelele.
Lumrah menjadi anak seni, tohmahan dan cacian ialah makanan yang perlu ditelan saban hari walaupun adakalanya mampu meruntuhkan motivasi diri.

Cuma, Bulan cukup bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat menyokong dan banyak membantunya menghindari hidupnya daripada perkara negatif.

“Ibu dan kakak saya sangat menyokong. Walaupun kami terpisah jauh, namun merekalah tempat saya meluahkan perasaan.

“Mereka selalu bilang, jangan menyerah dan dengar kata-kata orang. Tetaplah berkarya dan menghiburkan orang,” ujarnya tersenyum.

Selepas mencipta populariti dengan lagu Terpesona, pencinta genre slow pop itu kini merancang mengeluarkan karya hasil tulisan sendiri tidak lama lagi.

Pada saat populariti menjengah, Bulan turut dihujani pelbagai tawaran dalam bidang lakonan termasuklah sinetron dan filem.

Cuma ujarnya, belum tiba masa untuknya melebarkan bakat dalam bidang lakonan kerana memikirkan faktor penggambaran yang mengambil masa panjang selain mahu memberi fokus terhadap nyanyian terlebih dahulu buat masa ini.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.