Lelaki Ini Upah Pekerja Untuk Bersihkan Kolam, Tapi Lain Pula Yang ‘Bersih’

Membela ikan tidak semudah seperti membela haiwan lain. Ikan memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan kos alatan yang diperlukan juga bukanlah murah seperti yang disangka. Selain daripada bermain basikal, membela ikan juga boleh dikategorikan sebagai hobi yang mahal.

Jika salah teknik penjagaan, ia boleh mengorbankan nyawa ikan. Itulah yang terjadi kepada seorang individu, Muhd Ashnur yang tular baru-baru ini di media sosial.

Menurut Muhd Ashnur, dia pada mulanya mahu membersihkan kolam ikan koi dan mengupah seorang pekerja untuk melakukan tugas pembersihan. Dengan niat yang baik, dia mengupah pekerja yang kurang berpengalaman kerana mahu membantu individu tersebut.

Namun, lain pula yang terjadi apabila ikan-ikan yang dibela olehnya turut ‘dibersihkan’ oleh pekerja yang diupah. Lebih memeritkan, ikan yang dibela kebanyakannya adalah jenis koi dan harga untuk seekor ikan koi amatlah tinggi di pasaran.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, jelas kelihatan rasa kecewa di wajahnya. Ikan yang mati disusun dan jika anda boleh lihat, jumlah ikan yang mati sangat banyak!

Kejadian ini tular dan mendapat perhatian pengguna laman Facebook dan Twitter. Turut mengalami pengalaman yang sama, seorang pengguna Twitter berkongsikan kisah dia ketika membersihkan kolam ikan milik ayahnya.

Terang Syuhada, ikan memerlukan penjagaan yang sangat rapi dan proses penukaran air perlu dilakukan secara berperingkat.

“Nasib baik tak kena buang rumah. Tahan telinga ajelah”

Siapa pernah mengalami pengalaman yang sama macam mereka di atas?

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.