“Maaf mohon dirawat sesuai syariat islam jangan cari tahu siapa saya”bersama mayat wanita berpurdah

 

Mayat wanita berpurdah & nota pelik ditemui dihadapan masjid|Penemuan mayat seorang wanita berpurdah yang dikenali sebagai Nurul Khotimah (38) telah menggemparkan Jamaah masjid Anas Bin Faadolah Desa Menang,jawa timur semalam.

Lebih mengejutkan di atas mayat wanita itu ditemukan nota yang bertuliasan “Maaf mohon dirawat sesuai syariat islam jangan cari tahu siapa saya”

Hasil siasatan pihak polis menyimpulkan kemungkinan wanita itu adalah mangsa bunuh memandangkan terdapat luka jerut dibagian leher dan beberapa luka di bagian lainnya.

Lain daripada itu Ayah mangsa juga mengesyaki anaknya itu adalah mangsa pembunuhan hal sama juga di ungkapkan oleh suami mangsa.

Dugaan itu dikuatkan dengan Mesej-Mesej dalam Hp mangsa dengan seorang lelaki yang dipercayai bekas kekasih mangsa waktu sekolah dulu.

Bahkan menurut salah seorang rakan mangsa mengatakan, lelaki berkenan pernah memaksa mangsa untuk bercerai dengan suaminya dan memaksa menikah dengannya.

Mangsa juga dijanjikan diberikan sebuah rumah,kereta serta kehidupan yang mewah asalkan keinginan suspek dipenuhi.

Agustina, kakak mangsa juga mengaku bahwa mangsa pernah menceritakan hal itu padanya.Katanya mangsa rimas dan takut kerana gangguan bekas kekasihnya itu dan pernah berniat untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun Polres Kediri, AKP Hanif Fatih Wicaksono menerima satu rekaman cctv yang menunjukkan mangsa dan suspek bertemu sebelum mayatnya ditemui oleh jamaah masjid.

Berkait kes, bukti petunjuk yang diterima mengarah dugaan pembunuhan.

“Kami masih memburu suspek,” ujarnya.

http://eberita.org

kisah ke2

Seorang lelaki dipercayai diculik sebelum dibunuh dan mayatnya ditanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam di Ladang Sega Siliau, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang berusia 29 tahun itu dikatakan bermain cinta dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang secara senyap-senyap.

Bagaimanapun, hubungan si isteri dan lelaki itu dapat dihidu oleh si suami yang berusia 29 tahun lalu bertindak menculik dan membunuh mangsa sebelum ditanam.

“Mangsa didapati hilang semenjak dua bulan lepas. Isteri suspek dipercayai telah menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa.

Bagaimanapun hubungan mereka dapat dihidu suami wanita itu sebelum bertindak menculik mangsa,” kata sumber.

Berikutan kejadian itu, suspek dan isterinya telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Suspek juga telah dibawa ke tempat mayat mangsa ditanam pada jam 5 petang semalam dan kerja-kerja penggalian telah dilakukan untuk melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, siasatan masih dijalankan.

Incoming search terms:

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.