Menantu nak lepas gian ambil gambar, jenuh pujuk mentua jadi model… tak pakai gincu pun tak apa- “Tengok-tengok mak keluar pakai macam tu”.

ANTARA golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya mereka yang berkhidmat dalam bidang fotografi.

Dalam tempoh itu, banyak majlis perkahwinan ditunda dan dibatalkan, sekali gus memberi impak kepada pendapatan mereka.

Menurut seorang jurufoto, Mohamad Fitrin Ruslee, 31, dia turut mengalami nasib sama.

Disebabkan kelapangan waktu sepanjang tempoh ini juga, dia tampil dengan satu idea unik untuk menyatukan ibu mentua, Hasmah Md Ramli serta anak perempuannya, Noreen Aqelah dalam satu sesi photoshoot baru-baru ini.

Mesra disapa Fitrin, dia berkata, projek itu sekadar untuk mencipta kenangan antara ibu mentuanya yang berusia 70-an dengan puteri keduanya yang kini berusia 5 tahun.

“Memandangkan PKP, job pun tak banyak sangat… rasa gian nak shoot. Ia dilakukan di halaman rumah mentua di Air Kuning, Kampar, Perak.

 

 

Setelah dipujuk, wanita berusia 70-an ini akhirnya setuju untuk menjadi model dalam sesi photoshoot berkenaan.

“Saya terfikir untuk buat kenangan saja, sebab mak mentua susah nak bergambar. Jadi apa salahnya rakam foto dia kali ini.

“Lagipun kita tak tahu usia masing-masing sampai bila. Sementara ada, kita cuba hasilkan kenangan bersama.

“Saya minta isteri pujuk. Walaupun saya photographer, susah nak shoot gambar mak mentua sebelum ni. Alhamdulillah akhirnya dia setuju,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Fitrin, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan sesi photoshoot berkenaan dilakukan dalam tempoh 10 minit sahaja.

 

 

Saya pun tak tahu ia akan viral. Sekurang-kurangnya ada kenangan untuk keluarga kami.

 

FITRIN

 

Malah katanya, proses berjalan dengan lancar apabila anak dan ibu mentuanya memberi kerjasama padu dalam sesi berkenaan.

“Kami shoot sekejap saja sebelum masuk waktu Zohor. Saya kata pada mak mentua, tak payah bersiap lawa-lawa, tak perlu pakai gincu.

 

 

Suntikan elemen kampung dalam sesi photoshoot itu menyebabkan ia menerima pujian ramai di TikTok.

 

“Kami cuba buat ala-ala suasana kampung. Guna barang-barang yang ada di rumah.

“Tengok-tengok mak mentua keluar pakai macam tu. Dia sememangnya sentiasa berpakaian macam tu, jadi memang dapat feel kampung dulu-dulu tu.

“Jadi kami photoshoot sekejap, dapatlah dalam 30 keping gambar hari tu,” ujarnya.

Sementara itu, video di sebalik tabir photoshoot berkenaan yang dirakam oleh isteri Fitrin turut dikongsi ke laman TikTok sehingga menjadi tular.

Kata Fitrin, dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan akan menerima reaksi positif daripada netizen.

 

Kemesraan dua beranak ini jelas terpancar menerusi foto-foto yang dihasilkan.

“Seronok. Biasanya TikTok banyak kecaman, tapi video ni tak ada orang hentam.

“Saya pun tak tahu ia akan viral. Sekurang-kurangnya ada kenangan untuk keluarga kami,” ujarnya lagi.

Rata-rata netizen di TikTok memuji karya Fitrin, malah ada yang meluahkan rasa rindu pada kampung halaman dan nenek masing-masing setelah melihat hasilI photoshoot itu.

Dalam pada itu, Fitrin turut berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera agar dia boleh kembali bekerja seperti biasa.

 

Anak kedua Fitrin tak kekok beraksi di hadapan lensa.

“Terjejas juga, ada job yang ditunda. Kalau macam dulu boleh buat photoshoot sanding dan akad nikah.

“Sekarang akad nikah saja. Jadi pendapatan tu hanya separuh. Saya harap Covid-19 akan berakhir secepatnya,” ujar Fitrin lagi.

 

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.