PANAS! Video 7 Atlet Terjun Negara Termasuk Pandelela Mabuk Berpesta Minum Arak Viral

PANAS! Video 7 Atlet Terjun Negara Termasuk Pandelela Mabuk Berpesta Minum Arak Viral -Selepas video membabitkan beberapa atlet terjun program podium negara yang dikatakan sedang meminum minuman keras dan mabuk,akhirnya mereka yang terlibat dalam video tersebut hari ini tampil memberikan penjelasan kepada media.

“Memang itu video kami dan itulah yang berlaku dan kami sangat menyesal atas kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku itu dan kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi”.

Itu kekesalan yang dizahirkan Chew Yi Wei yang mewakili atlet terjun program tersebut dalam sidang media yang berlangsung di Majlis Sukan Negara di ibu negara, di sini hari ini.

Hampir kesemua atlet terjun hadir dalam sidang media yang diadakan bagi memberi penjelasan terhadap isu tersebut selepas mendapat pelbagai kritikan terhadap klip video yang viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Yi Wei mengakui bahawa video tersebut diambil ketika meraikan malam Tahun Baru Cina tahun ini ketika berada di luar negara ketika menjalani program latihan sebagai persiapan menghadapi Siri Kejuaraan Dunia.
“Kejadian itu berlaku diluar pengetahuan jurulatih dan telah diadakan di tempat persendirian,kami telah meminum bir dan menari yang biasanya kami lakukan ketika hari rehat. Kami telah belajar dari kesilapan dan kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan ini,” kata Yi Wei.

“Kami pohon maaf kepada semua pihak dan media dan kami akan pastikan ia tidak akan berlaku lagi pada masa depan.”

Namun, ketika diajukan soalan oleh media tentang siapa yang bertanggung jawab mengambil dan memuat naik video tersebut,kesmua mereka seakan menutup mulut dan menyembunyikan nama individu tersebut.

“Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai hal itu tetapi kesilapan adalah kesilapan,” jelasnya lagi.

Beliau juga cuba menafikan adanya masalah dalaman dalam kalangan rakan sepasukan sehingga menyebabkan kebocoran video berkenaan.

“Saya juga tidak mahu membuat spekulasi itu tetapi kami semua telah berada di sini bagi menunjukkan kami adalah satu pasukan”.

Bintang terjun negara, Pandalela Rinong yang turut terlibat dalam video itu berkata beliau menyerahkan siasatan berkenaan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Kami di sini adalah untuk memohon maaf dan selebihnya itu (mengenai individu yang mengambil video tersebut) kami serahkan kepada pihak berkuasa.

Sementara itu, Pengarah Program Podium Tim Newenham berkata beliau melihat kesalahan itu sesuatu yang serius dan jika disabitkan kesalahan atlet yang terbabit bakal berdepan hukuman berat termasuk kemungkinan dikeluarkan dari program terbabit.

“Ya, larangan mengambil sebarang alkohol adalah termaktub dalam syarat dan kontrak atlet yang terlibat dalam Program Podium. Kami perlukan fakta terlebih dahulu dan jawatankuasa akan bermesyuarat untuk menentukan jenis hukuman.”

“Ia mungkin berdepan dengan pelbagai kemungkinan bentuk hukuman termasuk dikeluarkan daripada program.

“Secara jelas, wujudnya video tersebut dan atlet (yang terlibat) telah mengakui bahawa mereka adalah individu dalam video itu,” tambahnya. sumber

Pandelela antara tujuh Atlet penerjun Malaysia berpesta minum arak

Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengesahkan atlet negara yang terpalit kontroversi video adalah tiga penerjun senior dalam Program Podium dan empat lagi membabitkan penerjun remaja dari Majlis Sukan Negara (MSN).

Menerusi kenyataan dikeluarkan Setiausaha Kehormat ASUM, Mae Chen menjelaskan penerjun mengakui akan kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan melakukannya lagi malah bersedia membuat permohonan maaf kepada orang ramai.

“Berkenaan video membabitkan penerjun Malaysia, kami mengesahkan mereka adalah tiga penerjun senior dari Program Podium dan 4 penerjun remaja MSN serta Institut Sukan Negara (ISN) ingin menjelaskan mengenai isu ini.

“Video yang bocor di media sosial beberapa hari lalu membabitkan penerjun dirakam semasa makan malam Tahun Baharu Cina, dihoskan pengurusan perkhidmatan di China sewaktu cuti rehat tiga hari.

“Tiga jurulatih juga berada di sana namun tidak menyedari perkara berkenaan kerana ia berlaku di kawasan tertutup,” kata Mae dalam kenyataan media berhubung isu video penerjun negara, hari ini, lapor MyMetro.

Media melaporkan pagi tadi, skuad terjun sekali lagi terpalit isu panas apabila video yang dipaparkan di internet menunjukkan penerjun Malaysia sedang bersuka ria, berfoya-foya serta meminum alkohol dan perkara itu dipercayai berlaku di Guangzhou, China.

Mengulas lanjut, Mae menjelaskan ASUM, ISN dan MSN sudah bertemu dengan semua penerjun terbabit dan memaklumkan secara jelas akan tahap yang diletakkan terhadap mereka adalah tinggi.

“Sebagai atlet kebangsaan, mereka harus sedar mereka membawa imej negara. Amaran sudah diberikan kepada atlet dan ini adalah masalah disiplin, maka jurulatih perlu mengambil perhatian akan perkara ini serta memantau atlet dengan lebih dekat agar ia tidak berulang.

“Atlet juga mengakui salah mereka dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. Mereka akan belajar daripada kesilapan dan bersedia untuk meminta maaf secara umum.

“Jawatankuasa siasatan akan menentukan tindakan yang bakal diambil dan akan mengemukakan cadangan kepada jawatankuasa disiplin ASUM. Dalam pada itu, elaun atlet akan digantung dengan serta merta,” katanya.

Mae dalam masa sama menjelaskan penerjun negara berada di China selama sebulan bermula pada Januari untuk persiapan Siri Terjun Dunia 1 dan 2 di China serta Jepun, kemudian bertolak ke Gold Coast untuk Sukan Komanwel 2018.sumber

Incoming search terms:

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.