Penyamun Berjaya Ambil Gelang Emas Guna Pistol ‘Mainan’, Suri Rumah Kerugian RM5,000

Sebelum ni korang ada baca pasal pemuda cuba rompak pengawal bank guna pistol mainan tapi tak berjaya, tapi harini seorang penyamun berjaya merompak seorang suri rumah guna cara yang sama.

Disamun laki bertopeng

Seorang suri rumah diacukan pistol sebelum disamun lelaki bertopeng yang memecah masuk kediamannya di Kampung Alur Pasir Bintang Permaisuri di sini, Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 1.15 petang itu telah menyebabkan mangsa kehilangan gelas emasnya yang dianggarkan bernilai RM5,000.

Mangsa yang berusia 59 tahun itu dikatakan sedang berehat seorang diri di rumahnya sebelum dikejutkan dengan kehadiran lelaki bertopeng.

Menurutnya, lelaki bertopeng tersebut terus datang kearahnya lalu mengacukan pistol di bawah tengkuk wanita berkenaan.

Tak tau rupanya pistol mainan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Affandi Hussin berkata,

Tergamam dengan situasi itu, mangsa yang tidak tahu pistol diacukan itu hanyalah pistol mainan mendiamkan diri dan tidak berani untuk melawan.”

“Suspek terus menutup mulut mangsa menggunakan kain sehingga dia tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja gelang emas di pergelangan tangan kanannya dilarikan.”

Pistol mainan ‘made in China’ 

Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis dan satu serbuan dilakukan pada hari yang sama jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kampung Alor Pasir Bintang.

Semasa serbuan di lokasi, ada seorang wanita di rumah berkenaan yang menunjukkan sepucuk pistol mainan berwarna hitam dan jingga yang dibuang di atas tanah di hadapan rumah berkenaan.”

Pistol yang dibuat dari China itu dirampas untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana rompakan bersenjata.

Baca : “Ni mesti first time” – [Video] Guna Pistol Mainan Cuba Samun RM200k Dari Pekerja Syarikat Keselamatan, Tapi Lain Yang Jadi

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.