Rakan Artis Terkejut & Sedih Mengenai Perceraian Sharifah Sakinah

Semalam pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi khabar berita yang mengejutkan yang mana dia telah mengumumkan perceraian dengan suaminya yang juga seorang juruterbang, Aliff Adha, sejak Mei lalu.

Sudah Tidak Sebumbung Sejak Mac 

Menerusi laporan BH Online, Sakinah dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac yang lalu dan berpisah secara baik. Terdahulu, beberapa portal hiburan melaporkan terdapat dakwaan suami kepada seorang pelakon telah menggunakan aplikasi Tinder secara terbuka di Internet yang mana turut dikaitkan dengan Aliff.

Bagaimanapun, menurut Sakinah dia menafikan orang ketiga sebagai punca perpisahan dan soal menggunakan aplikasi tersebut dia enggan melibatkan diri. Akui Sakinah, dia sedar akan kekurangan dirinya serta tidak mampu menjadi seorang isteri yang baik.

“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,”

“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

IKLAN

“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya,” katanya.

Rakan Artis Terkejut 

Dalam perkembangan lain, rata-rata rakan artis seperti Nourul Wahab, Tya Ariffin dan ramai lagi turut terkejut mengenai perkhabaran tersebut. Malah mereka turut berharapkan agar Sakinah tabah mengharungi dugaan serta mendoakan yang terbaik buat pelakon yang popular menerusi Girlfriend Aku Dari Neraka itu.

Sumber Instagram Jaydee

Sakinah dan Aliff telah bernikah pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Anais Adha.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.