Sampai Nampak Seluar Dalam? Tarian ‘Ganas’ Sherry Alhadad Undang Kecaman

Sudah menjadi kebiasaan menjadi seorang ‘public figure’ atau artis yang dikenali orang ramai, bila buat salah sikit sahaja kena kecam teruk oleh netizen-netizen di luar sana. Sama terjadi kepada pelakon, pelawak dan pengacara berbakat, Sherry Alhadad yang di kecam netizen kerana tarian ganasnya dalam sebuah program hiburan, Drop The Beat Extra.

Kepada sesiapa yang belum menonton program ini yang disiarkan di laman Youtube, TV3, Sherry menunjukkan bakat tariannya menerusi lagu Don’t Stop Me Now oleh Queen. Aksi mantap Sherry telah mendapat pujian juri sehingga mendapat standing ovation dan tepukan gemuruh dari penonton.

Namun sebaliknya berlaku di ruangan komen di Youtube, ramai menganggap aksi tarian Sherry itu kurang sesuai untuk ditonton secara umum. Lagi-lagi saat dia ‘naik sheikh’ menari, sesekali kain tersingkap sehingga menampakkan seluar dalam.

Yang mengkiritik pun ditegur kerana sengaja membuka aib orang, macam dah tiada benda lain nak dilihat. Walaubagaimanapun, kami berharap Sherry ambil kritikan ini sebagai panduan pada masa akan datang. Mungkin cara ekpresi mengekspresi tarian agak keterlauan dan tidak sengaja. Semoga perkara ini dijadikan iktibar dan pengajaran.

Dalam Drop The Beat Extra , Sherry bergandingan dengan Dennis Yin dan kali ini mereka menampilkan episod istimewa , di mana kumpulan lelaki Aman RA & Sean Lee diketuai oleh Dennis  berentap dengan kumpulan perempuan Nabila Huda & Ernie Zakri diketuai oleh Sherry .

Pertandingan suai bibir dan menguji gaya persembahan mereka yang akan di adili oleh Instafamous Ucop (Yusof Hashim) dan artis jelita Amelia Henderson.

sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.