Seks Ganas Terhadap Isteri, Nelayan Dipenjara 15 Tahun

IPOH: Seorang nelayan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dengan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada April lepas.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh berusia 36 tahun, selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Bapa empat anak itu didakwa mengurung, melakukan seks luar tabii dan persetubuhan hingga menyebabkan kecederaan terhadap isterinya yang berumur 36 tahun dan memiliki video cakera padat (VCD) lucah, di sebuah rumah di Kampung Padang Tembak, Lumut, pada 16 dan 17 April lepas.

Man physically abusing his girlfriend, help victim of domestic violence, Human trafficking, stop physical abuse women concept

Tertuduh dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii termasuk menggunakan zakar palsu terhadap isterinya dan dipenjara dua tahun bagi satu pertuduhan kerana menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.

Dia juga dipenjara setahun bagi dua pertuduhan kerana mengurung isterinya selain memiliki 13 keping VCD lucah.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zamani Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang berat kerana difahamkan keganasan rumah tangga terhadap isterinya itu bukanlah kali pertama namun telah berlaku sejak empat tahun lalu selepas mereka berkahwin pada 2004.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.

Mengikut fakta kes, sekitar 11 pagi pada 16 April lepas, tertuduh telah menjemput isterinya yang ketika itu berada di rumah ibu mangsa di kampung yang sama dan meninggalkan anak mereka di rumah berkenaan.

Tertuduh melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada 16 dan 17 April.

Bagaimanapun pada 18 April, mangsa melalui pesanan ringkas WhatsApp telah meminta bantuan jirannya menghubungi polis selepas tertuduh terlupa membawa telefon bimbitnya yang ditinggalkan di kediaman mereka. – BERNAMA

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.