Selepas India, Kini Giliran Amerika Rancang Untuk ‘Ban’ TikTok Atas Faktor Keselamatan Privasi Data

Kalau disebut tentang aplikasi TikTok, mesti korang terbayang video 15 saat yang mempunyai pelbagai video konten yang menarik kan? Sejak dilancarkan pada hujung 2016, TikTok kini merupakan salah satu platform popular yang paling digilai oleh orang ramai dan mampu bersaing dengan aplikasi popular lain seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

Namun aplikasi popular ini terpaksa mengharungi cabaran yang besar setelah kehilangan pengguna teramai mereka apabila India mengambil keputusan untuk menyekat aplikasi ini atas alasan keselamatan.

Lebih perit lagi apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini pula mengumumkan untuk mengikuti jejak langkah India apabila ingin menyekat aplikasi dari China itu. Beliau berkata akan bertindak secepat mungkin untuk menyekat aplikasi video TikTok milik China di Amerika Syarikat, lapor Washington Post.

Bagaimanapun President Amerika itu tidak menyatakan sama ada beliau akan bertindak melalui perintah eksekutif atau kaedah lain,

“Saya mempunyai kuasa. Saya boleh melakukannya dengan perintah eksekutif atau tidak,”

Komen terbaharu Trump itu agak menimbulkan kontroversi memandangkan Microsoft dilaporkan telah mengadakan perbincangan untuk membeli aplikasi mudah alih TikTok daripada pemilik China ByteDance, lapor The Star.

Namun Trump memberitahu bahawa dia tidak menyokong dan tidak bersetuju dengan perjanjian Microsoft membeli TikTok, dan berkemungkinan TikTok bakal kehilangan sebanyak 39 juta pengguna di Amerika Syarikat.

Selepas menutup bangunan kedutaan masing-masing di Houston dan Chengdu dan mengharamkan jenama telefon pintar dari China itu, Mungkin ini adalah langkah baharu mereka berperang kan?

Baca: Ban TikTok China, India Cipta TikTik Dengan Fungsi Yang Sama Tapi Made In India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.