Seram! Penampakan Kelibat Pontianak Di Gelanggang Badminton, Tetapi Ini Reaksi Netizen…

Sepatutnya, jika kita terlihat kelibat atau bayang yang menyeramkan, perkara pertama yang akan menyelubungi perasaan kita adalah sepatutnya perasaan takut.

Namun lain pula yang terjadi apabila kelibat pontianak yang dirakam secara tidak sengaja di sebuah gelanggang badminton di Cagar Alam, Pancoran Mas, Kota Depok yang tular di Instagram pada Sabtu lalu.

Menurut Kosmo, imej puntianak berpakaian putih dan berambut panjang itu dirakam oleh kamera telefon pintar milik salah seorang penonton semasa menyaksikan perlawanan badminton di situ.

Selepas menyedari kehadiran tetamu ‘tidak diundang’ itu, gambar tersebut dimuat naik ke dalam akaun Instagram tersebut. Namun posting tersebut seolah-olah tidak langsung menakutkan penduduk setempat, malah mereka memberikan komen yang ‘sangat positif’.

Seorang penduduk setempat dikenali sebagai Jaya berkata, semasa kejadian, para pemain melakukan aksi memanaskan badan dan tidak menyedari kemunculan puntianak di situ lapor Kosmo.

“Tiada sesiapa di tempat puntianak itu berdiri semasa gambarnya dirakam”

Walaupun begitu, masyarakat jiran disana langsung tidak menunjukkan perasaan gerun malah seolah-oleh mereka sudah lali dan sangat berfikiran positif terhadap apa yang berlaku.

Baca: [VIDEO] Team Paranormal Selamba Minta Maaf Dekat Pocong Pontianak, Siap Peluk Lagi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.