Suami Pelanggan Pukul Kepala Rider Hingga Cedera Di Kepala

Seorang penghantar makanan menerima sembilan jahitan di kepala kerana disyaki dipukul oleh suami pelanggan menggunakan penukul besi di perkarangan sebuah pangsapuri di Bayan Lepas, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mangsa yang berumur 40 tahun menghantar makanan kepada pelanggannya yang merupakan seorang wanita kira-kira jam 4.10 petang.

 

Menerusi laporan Harian Metro, penghantar makanan berkenaan sudah menunggu lama pelanggannya di tempat untuk menyerahkan makanan. Untuk memaklumkan yang dia sudah tiba di lokasi, penghantar makanan itu menghubungi wanita berkenaan berkali-kali namun panggilan tidak dijawab.

Tidak lama kemudian, wanita berkenaan datang 10 minit selepas itu untuk mengambil makanan. Tidak berakhir di situ, mangsa dihubungi oleh suami wanita yang merupakan seorang penganggur dengan mengatakan kononnya untuk mahu memulangkan semula makanan.

Suspek menuduh mangsa memarahi isterinya tentang penghantaran makanan dan mengakibatkan berlakunya pertengkaran antara dua pihak sehingga suspek bertindak memukul mangsa dengan penukul besi.

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis dan suspek telah ditahan di rumahnya pada jam 11.15 malam tadi.

Polis juga turut merampas penukul besi yang digunakan oleh suspek sebagai senjata memukul mangsa. Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan permohonan reman akan dibuat ke atas suspek untuk siasatan lanjut.

Kredit : Harian Metro

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.