[TERKINI] Pecah Rekod Kes Tertinggi Lagi! 432 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Hari Ini!

Sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 432 kes baru telah dilaporkan hari ini (5 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 12,813 kes.

Daripada 432 kes ini 429 adalah kes tempatan dan 3 kes import.

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 2336 kes.

Manakala 32 pesakit berada di ICU dan 8 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada kes kematian baru menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 137 kes.

57 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 10,340 kes.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.


sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.