Terkini!! Ruam…Petanda Baru Covid 19

SAINTIS mendakwa ruam merah gatal pada kulit mungkin menjadi petanda baharu koronavirus (Covid-19) walaupun pesakit tidak mempunyai gejala biasa lain.

Setakat ini simptom biasa yang dialami pesakit jangkitan ini adalah batuk berterusan, demam dan sesak nafas.

Namun para penyelidik berkata beberapa individu yang disahkan positif jangkitan itu mengalami ruam menyerupai frostbite, gatal-gatal dan ruam merah pada kulit, lapor Daily Record.

Simptom lain yang turut dialami pesakit Covid-19 adalah keletihan, sakit mata, kehilangan deria rasa dan bau.

Terdahulu pakar perubatan Sepanyol mendedahkan kesan luka dan lebam berwarna ungu menyerupai cacar air atau campak di bahagian jari kaki dan kaki mungkin menjadi tanda anda dijangkiti wabak itu.

Dan kini saintis di Perancis menemui ruam merah pada kulit serupa dengan gatal-gatal atau frostbite, lapor Daily Star.

Doktor berkata ruam merah gatal pada kulit boleh jadi menyakitkan.

Menurut Kesatuan Kebangsaan Dermatologi Perancis, sebilangan pesakit Covid-19 menunjukkan gejala ini.

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.