VIDEO & FOTO MENYAYAT HATI! BAYI DI TEMUI DI CELAH PELEPAH SAWIT DI SEMPORNA

VIDEO & FOTO MENYAYAT HATI! BAYI DI TEMUI DI CELAH PELEPAH SAWIT DI SEMPORNA-SEMPORNA: Seorang bayi lelaki cukup sifat ditemui di celah pelepah pokok kelapa sawit dalam kawasan kebun di Kampung Lahat Lahat, Jalan Tanjung Kapor pada Ahad.

Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru dilahirkan ditemui kira-kira jam 11 pagi oleh penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam memberitahu penemuan bayi terbabit.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan awal.

“Sebaik tiba, terdapat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala yang diletakkan di celah pelepah sawit.

“Bayi tersebut kelihatan cukup sifat dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam sebelum ditemui seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, tiada sebarang dokumen ditemui bersama bayi itu sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan.

“Bayi seberat 2.85 kilogram itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Wad Kanak-Kanak Hospital Semporna untuk pemantauan rapi.

“Bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.