Video Usahawan Kosmetik Pukul Anak Angkat Tersebar

loading…



Video Usahawan Kosmetik Pukul Anak Angkat Tersebar

Kini tersebar pula gambar dan video anak angkat kepada usahawan kosmetik terkenal yang disyaki dipukul hanya kerana mahu merakam gelagatnya menangis.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pembantu rumah warganegara Indonesia berusia 34 tahun itu, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan sekerjanya sebelum dia dipanggil oleh suspek masuk ke dalam bilik kasut.

“Dato **** ***** telah memukul anak angkat beliau menggunakan tangan di muka, semasa beliau ingin merakam video live YouTube kerana anak angkat beliau menangis.

“Selepas kejadian itu, Dato telah memanggil saya untuk masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkat beliau. Dato juga telah menyuruh saya memukul anak angkat beliau tetapi saya tidak mahu kerana takut terjadi apa-apa.

br />
“Selepas itu, Dato sendiri telah memukul anak angkatnya menggunakan kasut di badan dan telah mencubitnya sehingga meninggalkan kesan,” katanya dalam laporan tersebut.


Difahamkan, pengadu kini sedang mendapatkan perlindungan dari pihak Kedutaan Indonesia kerana bimbang dia dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh suspek.

Berdasarkan video bukti yang dikongsikan, terdapat kesan lebam di bahagian pinggang kanan mangsa yang melecet dipercayai dicubit oleh suspek.

Seorang pembantu rumah membuat laporan polis sehari selepas majikannya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal memukul anak angkatnya berusia dua tahun.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku pada 28 Februari lalu di rumah usahawan berkenaan di Petaling Jaya.

Menurut sumber media berkenaan, usahawan itu memukul mangsa menggunakan tangan semasa mahu merakam gelagatnya menangis.

Selepas kejadian itu, pembantu rumah berkenaan turut dipanggil masuk ke dalam bilik kasut bersama mangsa dan suspek mengarahkannya memukul mangsa.

Bagaimanapun, pengadu enggan menurut arahan tersebut menyebabkan suspek memukul mangsa menggunakan kasut di bahagian badan selain mencubitnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kami sudah merakam keterangan daripada semua saksi termasuk suspek. Kertas siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap dalam minggu ini.

“Ia akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.