Wanita Sanggup Tinggal 4 Anak Di Rumah Untuk Teman Suami Ke Kelab Malam

Seorang wanita berusia 39 tahun bersama suaminya antara yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Kuah, Langkawi dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa.

Pasangan yang mempunyai empat orang anak tersebut ditahan bersama yang lain selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dalam serbuan antara jam 2 pagi hingga 6 pagi itu, wanita tersebut memaklumkan kepada pihak polis dia hanya mahu merasai suasana kelab malam, di samping mahu memerhatikan suaminya daripada berfoya-foya bersama wanita lain.

“Saya sanggup datang ke sini sebab nak teman suami kerana tak percayakan dia sejak saya tahu dia ada teman wanita lain di pusat hiburan ini.”

Tegas beliau, dia tidak minum arak dan ini adalah kali ketiga beliau datang di kelab malam tersebut sepanjang PKP. Jelas wanita itu lagi, dia dan suaminya menumpang kereta rakan dan empat anaknya menyangka mereka hanyalah pergi bekerja.

Pasangan suami isteri ini dan 27 individu lain telah dikompaun RM1,000 kerana melanggar PKP.


sumber

facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.