“Ya Allah sedihnya, anak syurga” – 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini, Netizen Sebak Dapat Tahu Salah Seorang Bayi

Seperti yang kita semua ketahui, hari ini Malaysia mencatatkan 691 kes baru Covid-19 dan 4 kes kematian. Melalui Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa keempat-empat kes kematian tersebut adalah kes ke-11154, 12431, 12432 dan 13067.

Kes kematian yang dilaporkan hari ini menarik perhatian rakyat di negara kita dan rata-ratanya tidak dapat menahan sebak kerana salah seorang mangsa adalah bayi berusia 1 tahun iaitu kes yang ke-12432.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 4 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Selasa, 6 Oktober 2020

Difahamkan, bayi itu menerima rawatan di Hospital Semporna, Sabah sejak 1 Oktober 2020. Kesihatan anak kecil itu dilaporkan merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan.

Pada 5 Oktober lepas, keputusan ujian saringan mendapati bayi itu positif Covid-19 dan disahkan meninggal dunia semalam, jam 4.25 petang.

“Kes kematian ke-140 (iaitu kes ke-12432) merupakan bayi lelaki warganegara Malaysia berumur 1 tahun. Kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober 2020. Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang.”

“Tak dapat peluk cium anak”

Ramai netizen di media sosial menyatakan rasa sebak masing-masing apabila mendapat tahu si kecil itu dijemput Ilahi terlalu awal disebabkan Covid-19. Selain itu, mereka juga turut bersedih dan bersimpati dengan kedua-dua ibu bapanya kerana tidak dapat menatap, memeluk dan mencium anak mereka buat kali terakhir.

Ya Allah, sebagai seorang ibu yang ada anak umur yang sama, admin sedih sangat…

Baca: [TERKINI] Naik Hampir 2 Kali Ganda! 691 Kes Baru & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

sumber
facebook LIKE UTK TERIMA UPDATE TERKINI & KLIK [X] UTK TUTUP--> Button Close

Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.